Apakah Cinta?
kalau dicurangi hati kan merana
pada siapa harus aku percaya?
kalau ditinggalkan hati kan berkecai
kalau diduakan hati kan bersedih
namun tidak cinta hati ku
aku ada DIA
ya aku ada DIA
aku sangat mahu dicintai DIA
DIA tidak pernah menolak aku
tidak akan curang pada ku
dan tidak akan sekali meninggalkan ku
tika aku dalam gelap, DIAlah cahayaku
tika aku kesedihan, pada DIAlah aku mengadu
tika aku gembira, pada DIAlah aku bersyukur
DIA adalah yang satu buatku
DIA yang memahami seperti tiada yang lain
Dan DIA yang menciptakan ku
Ya Allah,
Engkaulah RAb ku,
Penciptaku.
Tiada yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau
Hati ku milik Mu dan hanya untuk MU.
kurniakanlah aku kekuatan seperti Fatimah
kecintaan pada-Mu seperti Rabiah
dan kekentalan jiwa seperti Asma'.
Terima kasih wahai Tuhanku
kerana tidak pernah Engkau meninggalkan ku tika aku jatuh
dan membangkitkan aku dengan roh iman tika aku bersedih
-MawaddahSalleh-
cinta manusia
menyakitkan
cinta pada-Nya
kegembiraan
cinta manusia jika bukan kerana Allah
melalaikan
cinta pada-Nya
menambah iman
manusia akan mati, cintanya datang dan pergi, perasaanya mudah berubah.
Dia hidup dan tidak mati, cintaNya selamanya, hanya ketenangan yang dirasai.
p/s: mahu mencintai DIA sepenuh hati...
6 comments:
cintamu sungguh sejati
U sounded heart-broken... or I was over-analysing. Sorry, I don't mean to be judgemental...
kapten
cinta inilah yg kakak nak capai dan rasanye semua org pun cam tu jgk
kak dee,
meletakkan diri di situasi org lain yg ayahnye curang dan ibunya sgt tabah dan sejak dicurangi, ibunya makin merasa cinta Tuhan. i was inspired by her.
this happen to a friend of mine.
mcm nak nanges pun ada bila dengar kisah dia. kite org luar pulak yg geram tapi ibu dia sgt tabah.
maka terciptalah entri ni...
Somehow, I think macam kenal aje.... Kem salam kat dia (kalau betul lahh)and tell her I said hi... Ckap ngn dia there's always a light at the end of a tunnel....
Eh! Silaaappp!! Terbalik tuuuu... tak kenal... anyway, kem salam je .. HAHAHAHAH!!!!
sebak nye.
alahaii.
;)
Post a Comment