Thursday, July 2, 2009

Rintihan hati

Telah kita diberitakan
Akan tibanya hari kedatangan
Musibah melanda semesta alam
Tiada siapa dapat menghalang

Bila manusia telah lupa sujud menyembah pada yang Esa
Dosa pahala tiada dihiraukan lagi
Hati telah gelap hilang cahaya

Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
Gegak gempita masing - masing berlindung diri
Ibu kehilangan anak di kandungan
Bintang yang dilangitpun berguguran
Kala itu tobatmu tidak berguna lagi

Telah kita diberitakan
Akan tibanya hari kedatangan
Musibah melanda semesta alam
Tiada siapa dapat menghalang

Bila tibanya hari pengadilan
Dipadang masyar kita dihimpunkan
Akan dihitung segala amalan
Seperti mana yang telah diwahyukan

Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
Gegak gempita masing - masing berlindung diri
Ibu kehilangan anak di kandungan
Bintang yang dilangitpun berguguran
Kala itu taubatmu tidak berguna lagi

Wahai muslimin umat semua
Kembalilah kita kepada Alloh
Hindarkan diri dari dosa - dosa
Agar disana tiada penyesalan
Agar disana tiada penyesalan

Itulah hari pengadilan
Itulah hari perhimpunan
Itulah hari perhitungan
Itulah hari pengadilan
Itulah hari perhimpunan
(munsyid: Raihan)




Kita tahu akhirat itu pasti, kenapa masih kita leka?
Kita tahu akhirat itu pasti, kenapa masih kita sibuk dengan urusan dunia?
Kita langgar hukum Tuhan.
Kita perkecilkan pemakaian hijab.
Kita buat tak tahu tentang kemaksiatan
Kita leka dengan dunia....

Kenapa?
Dan telah nabi sabdakan, bahawa ketika maksiat berleluasa, ketika zina menjadi biasa, maka Allah akan datangkan penyakit yang tak pernah ada.
Lihat saja selsema babi, lihat saja adanya JE.
Kenapa disalahkan pada babi? Tunding aja selsema itu pada manusia.
Namakan saja penyakit itu sebagai Selsema manusia yang bersifat seperti babi.
Mereka yang tak takut mengambil amanah menjadi khalifah.
Mereka juga perosak dunia.

Namun ada di antara kita yang masih berpegang pada amanah.
Bantulah hentikan kemaksiatan dengan menjadi ejen virus yang baik

Mulakan segalanya dari dalam diri.
Jangan takut untuk berhijrah ke dunia yang lebih baik.
Kita takut sangat nak berubah sebab takut orang tak boleh terima.
Bayang la bila di akhirat kelak Allah tak nak tengok muka kita, Allah tak sudi menerima kehadiran kita.
Sekarang fikirlah, penerimaan Allah lebih penting atau penerimaan manusia?
Nak ke kita jadi golongan yang bila mana Allah dah lihatkan neraka pada kita, merayu minta Allah pulangkan kita ke dunia supaya kita beramal soleh?
Ketika itu, segala permintaan kita tak berguna lagi.
Janganlah jadi golongan yang menyesal
menyesal kerana kita adalah golongan yang bodoh ketika di dunia,
menyesal kerana kata hati itu lebih penting dari iman dan akal fikiran yang waras.

Astaghfirullah.....
Ya Allah ampunilah segala dosaku....
Walau ku tahu syurga-Mu tidak layak ku duduki, namun Neraka-Mu ingin aku jauhi.
Di mana saja ada Engkau Ya Allah, aku ingin berada di situ
di tempat yang dekat dengan-Mu

No comments: