Monday, December 21, 2009

Susah sangat ke nak tinggalkan Facebook?

Semalam, masa aku sedang mengunakan internet, Ammar datang sebelahku.
"kakak, cepat sket kak. Ammar nak buat Facebook"

"Eh, asal lak? kan da tau tu boikot?"

"Tapi {} kata tak boikot. Dia kata memangla yang buat facebook tu Yahudi tapi dia tak menderma kat Israel"

"Eh, asal lak? da tentu tentu dia tu Yahudi, takkan la dia tak nak derma kat negara dia. Masa Lubnan kena serang tu, Facebook bukan popular pun masa tu tapi dia dapat derma 70% untuk penyerangan tu"

Ammar angguk kepala dan diam.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak persoalan yang timbul tentang facebook. Bila keluar kenyataan yang facebook tu boikot, ramai yang ragu-ragu. Semua takut hilang kawan. diorang tanya

"Asal Boikot lak? cane dia bole jadi boikot? cane si Mark tu derma pada Zionis keuntungan dia?"
"Cakap la macam mana bila kite klik tu jadi derma?"

ada juga yang bagi kenyataan
"Kalau gitu tak payah la guna internet kalau semua kena boikot"
"ala ramai kawan la, ramai member lama, takkan nak delete cam tu je"
"facebook senang, user friendly, senag nak sebar dakwah"


------OKAY--------

Mari kita kaji benda ni satu persatu dari sudut logik akal. Mark Zuckerberg is a jewish. Secara logik akal, dia sebagai orang berketurunan Yahudi mestila nak buat sesuatu untuk negara dia. Dia sekarang dah terkenal, disenaraikan sebagai ornag paling berpengaruh di dunia di tempat ke51. Keuntungan tahunan Facebook mencecah 5000Million setahun. Mark disenaraikan dalam 100 manusia terkaya di dunia oleh majalah Forbes.

Come on la man, kalau McD yang tak dipunyai oleh Yahudi boleh derma pada Zionis, ni apatah lagi orang Yahudi tu sendiri. Adakah teknologi canggih Facebook tu da butakan mata hati korang? Ana tak nak cakap bagus la tapi orang yang approach ana berkali-kali suruh boikot mcd starbucks tu antara orang yang paling kuat menentang pemboikotan facebook. Kononnye Facebook ni tak menderma pada Zionis laknatullah. Ingat senang ke ana nak tinggalkan minum Starbuck tu? Oi, tu fav tau tak. Tapi demi menyahut seruan Illahi dan membantu sahabat di Palestine, walaupun secara tak langsung, ana tekad tinggalkan.

Masa adik ana bagi mesej fasal facebook tu boikot sebab dia guna cost per click untuk dapat keuntungan, tang tu jugak ana delete. Ana akui ana ada beratus kawan dalam tu. Kawan yang ana tak rapat in real life pun bole jadi rapat lepas guna facebook. Tapi ana tak nak lagi bersengkongkol dengan kejahatan zionis tu, lantas tanpa fikir dua tiga kali, terus je delete.

Ana berjaya cakap pada rakan2 seusrah dan sahabat baik ana. Namun tak semua ada kekuatan jiwa macam ana.

Persoalan di sini pada mereka yang guna alasan dakwah untuk guna facebook, itu je ke cara yang ada? Blog? Friendster? Myspace? Lagi la budak kat myspace tu semua gonjeng-gonjeng, asal tak dakwah pada mereka? kenapa nak guna Facebook yabg rata-rata korang da kenal in real life orangnya? Tak payah la nak menegakkan benang yang basah.

Dan pada mereka yang manjadikan kenyataan ini sebagai kata-kata balas ""Kalau gitu tak payah la guna internet kalau semua kena boikot""
What to say, korang memang la emmm... geram. Pisau kalau kita guna untuk potong buah, jadilah ia berguna namun bile ia digunakan untuk membunuh, ia jadi satu threat. Sama jugak macam internet, ia bergantung pada macam mana korang guna. Seriuosly cara korang bagi reasoning macam la umur korang ni 5 tahun.
Walaupun Majalah al-Islam tu kadang-kadang tak betul, namun bila ana baca artikel tentang facebook depan bilik Dr. Masdinah, ana rasa tersentuh. Betapa banyaknye sumbangan facebook pada zionis dan korang yang gunakan facebook tu dah jadi "jundu" mereka.

Susah sangat ke nak terima hakikat yang facebook tu boikot? Tak boleh ke samakan Facebook tu macam mcd? susah sangat ke? Kalau korang bole berhenti makan, kenapa korang tak bole berhenti klik? Kalau macam tu, ana bole la pergi starbucks sebab ana tau starbucks tu profit dia tak bagi pada yahudi, bukan nye yahudi punye pun. Lagipun prosedur nak hantar duit pada zionis susah sikit melalui perniagaan.

ANA PUN BOLEH JUSTIFY LA KALAU ANA NAK!

tapi ana tak.

Kenapa?
Alhamdulillah, Allah bagi ana kekuatan luar biasa bila kena hal-hal boikot ni.

Antara yang ana dapat baca tentang Mark ni di Wiki ialah, di wiki, tak disebut langsung yang co-founder of facebook tu adalah Yahudi. Tapi bila ana teruskan mencari lagi, banyak maklumat yang ana dapat.

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090613044539AAA75Gv
http://www.allfacebook.com/2008/03/my-interview-with-mark-zuckerberg/
http://www.jewishjournal.com/thegodblog/item/facebook_and_the_jews_20090519/
http://www.google.com.my/search?q=jewish+and+facebook&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a
http://www.stormfront.org/forum/showthread.php?t=634347


and post ini, dengan mengunakan kata ganti diri sebagai "ana", of course korang tau untuk sapa ana tujukan post ini. Jangan datang pada ana menerangkan dan menunjukkan diri tu boikot tapi ada facebook. Sorry la pada orang yang justify facebook tu bole pakai, ana da hilang respect pada korang. Disebabkan korang nak guna, korang keluar la fatwa sendiri. WEML.

No comments: