Sunday, May 30, 2010

Kembali ke Bumi Hidayah

Dan sangat senang hati untuk berbuat demikian=)

Walaupun orang kata, "malu la nak datang sekolah"
walaupun ada orang berjanji "Lepas amik keputusan SPM, aku takkan datang lagi"
Walaupun ada yang menyebut "Takde sebab la nak datang sekolah"

Tapi tidak bagi ku.

Kembali berkhidmat di bumi Hidayah sudah menjadi satu matlamat. Gajinya mungkin tak setinggi gaji kerajaan tapi suasananya takkan dapat jumpa di sekolah kerajaan. Kite bole bentang sejadah kat bilik guru untuk buat solat sunat Ishra' dan Dhuha dan takkan ada sesiapa pandang kita pelik kerana ibadah dalah suatu perkara biasa. Sambil-sambil tunggu kelas, tengah takde kerja, bukak Quran dan baca, takkan ada orang datang cakap "Eh alimnye dia". Sangat bebas dan selesa melakukan kebaikan.

Walaupun tahu iman ini taklah semantap mana tapi ini juga boleh menjadi proses tarbiah buat diri sendiri. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah atas ruang dan peluang yang Dia kurniakan. Ini bagiku adalah satu cara membalas jasa baik guru-guru yang telah mendidik aku satu ketika dahulu.

Ada juga suara sinis mengatakan aku tak layak. Namun Allah tetapkan aku berada disini makanya aku rasakan ia adalah peluang terbaik bagiku membaiki diri.

Alhamdulillah atas nikmat, alhamdulillah atas segalanya.

Andai tiada perkara menghalang, aku bercadang untuk teruskan berkerja di Hidayah sehabis tamat kontrak 5 tahun ku di sekolah kerajaan. Moga segala urusan yang baik itu Allah permudahkan=)

1 comment:

wirda ahmad said...

all the best wadah...semoga Allah permudah segala urusan..ameen..