Tuesday, June 5, 2012

Sabar buat jiwa kusut


Yang namanya sabar
biarlah senipis kulit bawang, asal ada dari tiada
kerana yang tipis itu kalau ditarbiah bisa menebal
mampu menghadapi segala dugaan.
Bukan sedikit yang perlu aku terima
Tapi mungkin inikifarah dosa
Diuji pelbagai arah
yang jauh yang dekat
yang nampak yang tidak
yang dulu yang kini

Memang aku tak tahu apa itu 'dulu'
Luluh juga hati bila tahu
Mana tidaknya, segalanya nampak baru
Namun mampukah aku kata aku tertipu?
Tapi takdir ini untuk aku
Pasti ada hikmah apa yang berlaku.

Aku percaya pada janji Rabb-ku
"Allah bersama orang-orang yang sabar"

Wahai diri, sabarlah engkau
didiklah jiwa
mantapkanlah iman

Jangan kau gagal
Kerana jika engkau sabar
Kau akan dapat jumpa Tuhan
Dalam mulia hati dan diri

No comments: