Monday, October 20, 2008

kini aku mengenali

*terasa nak tulis guna bahasa ibunda*

tadi petang bapak keluarkan ikan,
ikan tu, memang familiar lah, memang da tau nama dia ape.
memang da confirm, 100% pasti.
so kakak pun lulurkanlah badan ikan tu dengan kunyit dan garam.
dan ikan itu pun dimasukkan ke dalam minyak yang panas.

selepas itu mak, bapak, balqis dan amni pun datang ke meja makan untuk makan berbuka.
memang banyak lah juadah atas meja time tu.
kakak nak makan tapi serious tak larat sebab petang tadi da sental burger king sempena menyambut birthday tasya yg ke-16.

so kakak pun pegi duduk kat depan, sambil mesej.
pastu dengar mak cakap (versi yang kakak dengar) "kakak, mak ada kopi sedap ni. minumlah"
dengan semagat kakak pegi masuk dapur untuk mendapatkan kopi tu

kakak: mana dia mak?

mak: apa??? (masukkan muka mak yang blur kat sini)
kakak: kopi yang mak cakap tadi tu.... (muka berharap)

mak: ape kakak ni, mak minta kakak buatkan mak kopi...


la yeke? apehal la kite ni pekak sangat.
so tanpa banyak soal, kakak pun amik mug favret mak.
"kakak, kopi australia eh"
"okay"

*sementara itu dimeja makan, sambil kite tengah wat kopi mak*
amni: eh banyaknye tulang kat ikan ni
kakak: memanglah, ikan terubuk kan banyak tulang (yakin gile wa cakap sama lu!)
bapak: apela dia ni, jenis ikan pun tak tau
mak: tau jenis handphone je eh? jenis ikan tak tau
kakak: sape? balqis?
mak: kakak la, jenis ikan pun tak tau, tau jenis handphone je..
kakak: betul la kan ni ikan terubuk (yakin gile sekali lagi)
balqis: ni ikan parang la
kakak: ala lebih kurang la tu, kan dua2 pun banyak tulang ape.

ha, kan da malu!

setau i, ikan terubuk je banyak tulang, tak sangka lak ada ikan lain yang banyak tulang gak.

haha, kini ku tahu, walaupun ikan tu banyak tulang, tak semestinya ikan itu ialah ikan terubuk. haha kebodohan menyerlah!

note 1: balqis baru berusia 13 pada bulan 11 ni, kakak dia iaitu penulis blog ini sudah berusia 21 tahun 4 bulan.
note 2: kakak ialah penulis blog ini, memang itulah nama panggilan di rumah.

7 comments:

Kapten Luffy said...

kapten pun nak panggil kakak le...

kapten baru 18thn ;p

M said...

eh, sibok je si kapten ni

la yeke? cam x cayek jek! gaya bercerita cam umur lagi tua dari "kakak"

hihi~

Kikuri-hime said...

Wadda,
K.dee rasa kita ada persamaan. K.dee pun tak kenal jenis ikan. Kenal ayam je... heheheh...

Sowielaa.... kat umah k.dee my dad yg pg pasar.

M said...

haha sama la kite kak dee, my dad do the job of buying and mum will cook (sometimes my dad msk juga)

Al-Falah said...

Hahaha...Funny citer ni. Leh masuk komik! Kes kite lak, kite xtau ikan terubuk 2 byk tulang. Tau ikan parang jek yg byk tulang. Muhaha...

Kita Serupa... Kita Serupa... Ni menunjukkan there's still a long long way to go (lom bleh kawin lagi). Hihi... :-D

M said...

haha falah-ssi, awak sangat btool
kite blum ada kriteria sbg isteri lagi. hehehe

Aniely said...

akak...saya nak kOpi gak