Monday, May 11, 2009

Pengalaman EXREX 2009

(un-beta, cause I'm plainly lazy. plz ignore misspell or anything of that sort)
pagi Jumaat 8 Mei 2009, aku bangkit. namun Hati masih ada tanda keraguan, masih punya banyak persoalan.

"patut ke pergi program ni?"
"ala, tak payah la pegi, nanti takde orang nak tolong mak masak"
"da la da lama tak join program fizikal, dengan tak sihat ni, perut yang lemah ni..."

walau 1000 persoalan bermain di kepala, namun aku gagahkan diri.
Aku bangkit jua dari tidur yang lena, dari selimut kesayangan yang membaluti tubuh, dari bantal yang enak mengalasi kepala.

Saat besiap dan berkemas, aku cuba lupakan sebentar perasaan ragu, cuba membuang jauh perasaan tak ikhlas.

Berangkat ke UTM ditemani bapak, aku masih punya perasaan jauh hati, jauh hati kerana dipaksa, jauh hati kerana tidak dikhabarkan secara terus, jauh hati dengan orang yang ku anggap kawan. Mungkin aku bukan kawan padanya. Pabila kelihatan kelibat orang yang tak ku kenali, aku buang jauh-jauh perasaan.

Bila akviti pertama bermula, kelihatan wajah-wajah yang aku kenal, seraya mereka ku sapa. Ah, tidak la kelihatan seperti orang yang tak punya tujuan.

Bila perjalanan ke Mersing bermula, niat mula ke betulkan, ku pujuk hati agar ikhlas, aku tak putus berdoa pada Illahi sepanjang perjalanan, moga apa yang ku lalui ini mendatangkan kebaikan pada diri, keluarga dan ummah.

Bila tiba, mata disambut dengan pemandangan indah, laut yang luas. Telinga disapa dengan bunyi ombak yang menenangkan. Subhanallah, sangat cantik ciptaan Allah.
Tak sempat aktivit bermula, rahmat Allah tiba, kami disambut dengan hujan yang lebat. Tak pe, moga itu semua menjadi rahmat kepada program ni.

Malam tiba, kami disajikan dengan santapan rohani yang membuatkan aku lebih berfikir mengenai kehidupan saudara seagama. Mereka menderita di Kashmir, mereka diperkosa di Bosnia, maruah mereka tercabar di Pattani, tanah mereka dijajah di Palestine. Dan aku disini bersenang lenang. Masih ketawa besar dengan kawan-kawan. perasaan bersalah mula menyelubungi hati dan diri. Alhamdulillah, hati masih dilembutkan Allah, mudah menerima perkara yang baik.

Kemudian kami diminta berbincang mengenai apa yang kami lihat tadi dari perspektif yang berbeza. kami diminta berbincang mengenai punca kepada permasalahan itu dan menyelesaikan permasalahan itu dari pelbagai sudut. Kumpulanku diamanahkan untuk berbincang dari sudut Ekonomi (kot? X Ingat sangat).

Macam-macam punca yang dikeluarkan tadi kebanyakannya kami tunding kepada pihak lain. Kini, bila dimusabahkan kembali, kenapa kita tak lihat dari sudut individu pula? Kita sebagai saudara seagama, apa tanggungjawab kita?

Malam, tidurnya lena namun dikejutkan oleh angin malam yang sangat kuat hingga hampir roboh khemah yang kami gunakan untuk beradu. agak cuak pabila angin menerbangkan segala apa yang kami keringkan. Masya-Allah. Kuasa Allah maha Hebat.

Pagi itu kami mengembara dalam kumpulan untuk ke Palestin, untuk menjadi antara yand diuji sama ada layak atau tidak manjadi pejuang bersama mereka. Walaupun hakikatnya kami hanya mendaki Gunung Arong, namun perjalanan lebih mencabar apabila setiap hentian merupakan markas-markas negara sebelum sampai ke Palestine. Sepanjang perjalanan, kami diuji dengan Hafazan, diberi masa untuk menghabiskan tilawah dan menguji kekentalan fizikal ketika menaiki gunung. Alhamdulillah, Gunung Arong berjaya aku tawan untuk kali kedua. Ketika sampai di puncak, hanya tasbih yang menari di bibirku. Aku sangat kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa.

Pada malamnya, kami diberi cabaran yang sangat serius. Kami diarah untuk berperang. Ini bukanlah war game biasa. Mata kami ditutup sebelum dilepaskan. Hai hati, tenang ye. walaupun soalan tak dilayan sabar ye. walaupun ada perasaan marah pada dia yang memakai jacket serba hebat tu, istighfar ye. Jangan mudah mengalah pada marah ye wahai hati.

Aku dilepaskan dalam keadaan mata tertutup, didudukkan dilokasi yang basah (bila dibuka mata, rupanya betul-betul tepi pantai, tempat yang lagi sikit je nak kena tempias ombak0_o). Belum sempat arahan dibaca, kami diserang "zionis" (yang merupakan para Fesi). Marah ni. Macam mana dengan arahan? Kenapa si dia yang berjacket hebat tu tak terang sampai habis? Jangan mudah mengalah pada marah ye wahai hati. Istighfar ye wahai hati. ketika keadaan menjadi sedikit emosi, pergaduhan mula kelihatan, ada yang tak faham arahan, ada yang membawa kertas Masjidil Aqsa kerana mereka rasa itu dikira menawan, Para fesi yang sangat concern terpaksa menghentikan permainan. Isu ukhuwah lebih dilihat dan dipentingkan. Takkan nak gaduh fasal game ni? sanagt tak berbaloi. secara jujurnya, sepanjang permainan berjalan, aku hanya duduk di satu sudut, menanti si "zionis" datang supaya boleh ku "bunuh" (dengan menarik tag kertas yang tergantung di lehernya). Maka "gencatan senjata" dibuat sehingga habis masa.

Selepas itu, kami ditutup mata sekali lagi. Aku duduk dan hampir tertidur kerana sudah biasa dengan program seperti ini namun aku kuatkan hati untuk terus mendengar apa yang dibicarakan. Oleh kerana terlalu sejuk (disebabkan baju yang basah kerana ada "zionis" membaling belon berisi air=(). ada fesi yang sangat baik hati mengurut bahuku. Mungkin posisi dudukku membuatkan mereka rasa aku tidur. (a/n sangat ticklish so plz don't touch me).

Pada hari terakhir, aktivitinya lebih ringan, lebih kepada perbincangan untuk mengasah minda. Beberapa perkara yang konklusinya boleh ku buat daripada perbincangan ini:

1) Boikot - kenapa kita pandang ringan perkara ini? jujurnya, aku pun ada mengelat dulu, boikot separa-separa. namun bila keputusan dibuat, aku tekad (a/n:refer to this post). Aku takkan biar mereka merana sedang aku enak menikmati McD, Aku takkan biar mereka mengangis sedang aku sedap menghirup chocolate chips (starbucks), aku takkan biar mereka meratap diatas kehilangan tanah mereka sedang aku sesedap rasa memakai jenama yahudi. Aku tak mahu disoal Allah kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai muslim yang kecil itu. Aku marah pada diri kerana sanggup memboikot sebahagian dan melupakan sebahagian lagi kerana kempunan, kerana dah lama tak makn. aku cuba buang jauh-jauh itu semua. AKU TAKKAN MENGALAH PADA NAFSU KERANA TANGGUNGJAWABKU SEBAGAI MUSLIM JAUH LEBIH PENTING
2) Tingkatkan amalan.

(a/n: sangat kagum dengan ucapan Fathi pada akhir program)

Pada saat meninggalkan tapak perkhemahan, aku memandang sayu wajah laut yang terbentang luas yang pada awalnya menyambut ku mesra dengan sapaan bayunya. Aku berdoa pada Allah moga keikhlasan dikekalkan, moga keimanan diperkuat, moga benteng nafsu diperteguhkan.

Terima Kasih pada sahabat-sahabat baru. Terima Kasih Pada para fesi. Terima kasih kepada adik-adik di program. Pengalaman lucu, aku disangka tahun satu atau dua. Mereka semua memanggilku denagn nama "Mawaddah" sampai terpaksa aku terangkan yang aku ini lebih tua dari mereka^_^ (tapi sangat suka kerana mereka panggil dengan nama MAWADDAH.sangat rindu dengan panggilan tu^^). dan hadiah yang aku terima pada penghujung program adalah sangat berguna=). Tahniah kepada para penganjur. Mungkin aku hanya layak untuk menjadi peserta=D

Kalau nak baca lebih detail lagi tentang program, jangan la segan-segan nak baca cabaran yang terpaksa kami lalui di blog kelab IQRA', click me


(at last. It took me 3 weeks to complete this=O)

3 comments:

Mashizaki Keikan said...

er, girls memang ada dia punya own protokol untuk panggil with standard eh?

like akk, ukhti dsb..?

Mashizaki Keikan said...

anyway, good... good...

Tarhata Kiran said...

to MK: Biasanya macam tulah.. lebih bersopan dah menghormati.





to Wadah: MasyaAllah.... kat sini rupanya kita bleh cari anti..Maaf kalau kita yang tak memberitahu lebih awal..Harap jumpa Wadah lagi untuk program seterusnya.. we can stand together right... Miss you a lots:)