Friday, January 29, 2010

Tentang dia, tentang F.A.


alahai, asal la muka macam 3 minggu tak mandi? terlalu meranakah? Kambing la! (hahaha kambing kambing pun asal aku suka gak?";})();ButtonMouseDown(this);'>:woooh:)

SEKIAN lama berdiam diri, akhirnya pelakon kacak Fahrin Ahmad (me:Kacak ke? hehehe. Kalau tak, takkan la jadi model garnier for man kan?) membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn.


Biarpun pasangan yang pernah digandingkan menerusi program realiti Sehati Berdansa musim pertama dan kedua ini menafikan hubungan cinta mereka, tembelang mereka pecah selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Lantaran itu, segala cerita yang selama ini menjadi rahsia antara mereka menjadi bahan berita di media massa.


Apa yang mengejutkan, Linda berani mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah bekas buah hatinya itu. Hingga laporan media terbaru yang memetik kenyataan Linda menerusi dua akhbar, menjadi kemuncak kesabaran Fahrin yang kemudian mengambil tindakan undang-undang.


Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, Fahrin mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan Linda terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar Linda tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Dalam notis tuntutan itu, Fahrin memberi masa selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk mendapat maklum balas daripada Linda. Pendirian Fahrin kali ini sebenarnya bukan mahu mengheret Linda terus ke muka pengadilan sebaliknya masih memberi ruang pada penyampai radio popular itu untuk menyelesaikan kes antara mereka dengan baik mengikut tempoh notis tuntutan yang diberikan selama seminggu.


Pada sidang media yang diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor kelmarin, Fahrin menyatakan kenyataan Linda dalam dua akhbar berkenaan memberi tekanan padanya dari aspek psikologi dan mencalar maruah.


Ikuti temu bual lanjut wartawan Rap, Elrafaei Sapi (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) bersama Fahrin yang turut menjawab pelbagai soalan lain.


SOALAN (S): Bagaimana perasaan anda sekarang selepas mengadakan sidang media kelmarin? JAWAPAN (J): Walaupun saya sudah nyatakan perasaan dalam sidang media itu, tetapi hakikatnya, dalam diri saya masih diselubungi perasaan sedih dan kecewa.


Seperti apa yang saya katakan, saya berdoa perkara ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik selepas ini. Saya percaya masih ada jalan penyelesaian untuk menamatkan perkara ini. S: Mengapa Fahrin merahsiakan hubungan cinta dengan Linda selama ini hingga tindakan undang-undang diambil? J: Sebolehnya saya mahu beritahu semua orang mengenai hubungan cinta kami, tetapi apabila saya mempunyai pasangan yang menjalinkan hubungan, saya harus hormati keputusan dia.


Saya akui kami berkawan secara serius selama dua tahun. Pada saya, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada berkongsi perasaan seperti pasangan lain yang kecewa, sedih dan sebagainya.


Namun, tidak kira apa yang berlaku pada pasangan itu, apa yang penting kita harus bercakap perkara yang elok dan baik jika orang lain bertanya mengenai pasangan kita sendiri.

Ia suatu yang tidak sedap didengar apabila kita mengeluarkan kenyataan yang memburukkan orang lain. Seperti apa yang berlaku pada diri saya, mungkin secara tidak sedar seseorang itu menggunakan media untuk menyampaikan kisah cinta yang berlaku.


Bagi saya, tindakan menggunakan media sebegini adalah kurang bijak. Tidak perlu meluahkan perasaan secara terbuka hingga mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap pasangan berkenaan. Sama ada berahsia atau tidak pada sesuatu perhubungan, ia terpulang pada individu masing-masing. Pokok pangkalnya percintaan itu harus menjadi indah dan jika berakhir sekali pun, ia harusnya dilakukan secara baik tanpa memburukkan satu sama lain. Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku pada diri saya.


S: Kenyataan Linda dan Scha yang dikaitkan dengan anda sebelum ini seolah sama. Apa komen anda? J: Bagi saya, kedua-duanya adalah kisah percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga sebenarnya berbeza, tetapi orang lain lebih memfokuskan pada diri saya seorang. Biarpun apa yang mereka lakukan, saya tidak berdendam, malah mendoakan kejayaan mereka. S: Atas apa yang berlaku, apakah anda serik bercinta dengan artis? J: Saya terpaksa mengakui perkara ini, saya serik bercinta dengan rakan artis. Sememangnya saya percaya soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Namun sebagai manusia, kita juga harus berusaha untuk mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan jodoh. Berdasarkan pengalaman cinta yang pernah saya lalui, saya sebolehnya mengelak mencari jodoh di kalangan artis selepas ini.


Buat masa ini, saya merasakan lebih senang memberi masa pada diri sendiri. Biarlah saya menyayangi diri sendiri ketika ini sebelum menemui jodoh yang sesuai suatu hari nanti.


S: Apakah Fahrin tidak khuatir diboikot dua akhbar yang disaman? J: Saya juga tertanya pada peguam saya adakah tindakan undang-undang sebegini yang diambil atas dua akhbar berkenaan akan membuatkan situasi saya diboikot media.


Bagaimanapun, saya percaya pada peranan media yang mempunyai etika kerja dan faham dengan tugas yang mereka lakukan. Biarpun saya ambil tindakan sebegini, saya sendiri masih mahu terus beri kerjasama pada media.


Hakikatnya, saya tidak lari daripada wartawan. Sebagai artis, saya faham dengan tugas wartawan dan saya juga berharap media faham tugas dan etika ketika bertugas.


S: Apa harapan dan pengajaran pada pengalaman cinta yang anda dilalui? J: Saya sebenarnya berharap perkara ini tidak berpanjangan. Sebelum ini, saya mendoakan kejayaan dia dan reda apabila antara kami tiada jodoh.


Mungkin tidak ramai yang tahu, banyak perkara yang saya simpan sendiri dan biarlah ia terpendam dalam diri saya. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.


Saya juga percaya pada qada dan qadar Tuhan dan setiap sesuatu yang berlaku mematangkan kita menjadi lebih kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan pada masa hadapan. Atas apa yang berlaku pada diri saya, ia bukan saja menjadi pengajaran pada diri sendiri, tetapi memberi panduan pada artis lain agar membekalkan diri mereka dengan ilmu undang-undang.


Ini penting kerana ada kalangan artis yang tidak sedar apa yang dikatakan boleh menjurus pada tindakan undang-undang.


Mungkin selepas ini, saya ingin mencadangkan pada persatuan artis sedia ada agar mengadakan seminar mengenai undang-undang untuk mengatasi masalah sebegini jika menimpa mereka. Ini adalah jalan penyelesaian terbaik mengelak perkara yang pernah berlaku pada diri saya tidak berulang.



Article 2

Scha cuba berselindung di sebalik kata-katanya, namun spekulasi mendakwa sikap ringan tangan dan gemar berfoya-foya Fahrin menjadi punca dia mengambil keputusan meninggalkan kekasihnya yang bertubuh sasa itu.
AHAHAK Abang bertubuh sasa! geli I.
:ahaha:
Takpelah, I kan ada
:okay: baik punya!

(p/s - Salman kata "ni tak lama ni. taste awk bukan yang mata sepet sepet, muka cina hidung mancung ke? ni asal tibe2 sangkut kat mamat jawa ni?" Eleh, ape salahnya, Jawa sasa ape. Tapi masalahnye, Jawakah dia?)


Apela kite merepek pagi-pagi ni! Penangan tak tidur satu malam la ni.
:hilo::yawn:

2 comments:

wanie sk said...

mawa,two thumbs up la...hehe

M said...

oh wani, don't encourage me! my mum spoils me enough when it comes to him T_T