Wednesday, March 10, 2010

Honey~

Orang kata madu itu manis tapi bermadu itu pahit. Ya, itu benar. Hakikatnya tak semua wanita dapat menerima fakta itu dengan hati terbuka. Maka berlakulah kes-kes kecurangan yang serius dan wanita seolah hilang arah pabila sang suami melakukan perbuatan durjana, mencurangi isteri sebelum berkahwin. Kalau dah kawin lain cerita. Sekurang-kurangnya kurang dosa. Dan maksud mencurangi yang diperkatakan penulis disini ialah "the act of adultery".

Pada ketika usiaku 16 tahun jagung, aku punya pandangan ku terhadap kahwin lebih dari satu. Aku kira pada ketika itu semua lelaki mahu jadikan aku isteri mereka kerana sikap terbuka ku menerima perkara ini. Perkara ini pernah kubincangkan dengan Jasmine.

M: Jas, anti bole terima tak kalo suami anti mintak nak kawin lagi
J: (dengan pantas menjawab) TAK BOLEH! Mana bole. (Ada satu hujah yang beliau keluarkan tapi kurang jelas di fikiran kini). Macam mana kalau anti?
M: Ana? emmm... ana rasa ana tak kisah. Tengok la reason dia ape.

Dan proses berlaku. Membesar dan semakin matang ku kira, aku tetap punya pandangan ku tentang kahwin lebih dari satu. Ya, aku tidak pernah menafikan hak lelaki. Mereka punya hak itu. Malah ia adalah sunnah. Namun satu perkara yang lelaki terlepas pandang disini ialah Rasullullah S.A.W. hanya berkahwin selepas Khadijah R.A. meninggal dunia. Sunnah sebenarnya ialah berkahwin selepas isteri pertama kahwin.

Kini, ya, tetap aku tidak berubah. Ditanyakan sanggupkah aku bermadu jawapan ku mudah

"Boleh. Tapi ceraikan saya."

Hakikat. Tak semua lelaki mampu berlaku adil. Dan aku juga tahu aku tak mampu menahan marah sekiranya ia berlaku. Pengalaman dari mereka yang lebih dewesa menjadikan aku takut pada perkahwinan.

Hati hanya satu. Bagaimana ia dapat dibagi-bagi, diadil-adilkan?

Kalau aku nak nikah, aku akan pastikan lelaki itu sayang aku lebih dari aku sayangkan dia...

Tapi kalau dengan Kak Ana, aku tak kesah sebab kami dah declare yang kami memang madu sebab F.A.^^ Kalau dulu roommate, sekarang "madu", hanya dengan Kak Ana seorang aje^^


3 comments:

wanie sk said...

obses dgn F.A ye?hehe

fyi, I'm back!!!hehe

M said...

like him, obsess no^^

adlyn zuraimi said...

hee.FA.
miss mawa.
miss u ;)